CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Live/Chat Box

Friday, November 26, 2010

Nantha bengang gaji kena potong


KEPUTUSAN sama ada K Nanthakumar kekal bersama Perak untuk musim 2011 akan diketahui selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin yang pulang dari luar negara, semalam.

“Keputusan kedudukan saya akan terjawab selepas mengadakan pertemuan dengannya,” katanya.

Menurut Nantha tujuan pertemuan itu ialah untuk mendengar penjelasan Presiden Pafa itu terhadap tindakan memotong gajinya.

“Saya sudah mengadakan perbincangan dengan pengurusan pasukan dan dimaklumkan mengenai pemotongan gaji itu.

“Saya difahamkan ia keputusan majlis. Oleh itu saya ingin dengar daripada mulut Presiden sendiri.

“Saya cuma ingin tahu kenapa tindakan itu dikenakan sedangkan saya buktikan kesetiaan kepada negeri dengan menjadi pemain senior tunggal pulang ke pangkuan pasukan awal tahun ini.

“Sudahlah gaji tidak tinggi dipotong pula. Pemain muda sebaliknya dinaikkan gaji.

“Pemain luar yang menyertai Perak tahun ini juga menerima tawaran gaji lebih tinggi berbanding saya,” katanya yang mengaku belum mengikat kontrak dengan pasukan Seladang.Apapun segala keputusan mengenai kedudukannya bersama Seladang akan dibuat selepas perbincangan dengan Presiden Pafa itu.

“Tengoklah macam mana. Saya tidak boleh berkata apa-apa masa ini. Namun, yang pasti jika boleh saya mahu terus beraksi untuk negeri asal saya,” katanya.

Nantha, 33, yakin mampu memberi khidmat kepada pasukan Seladang seperti dilakukan pemain Selangor, Khairul Anuar Baharom pada usia 36 tahun.

Mengenai lamaran pasukan lain, Nantha, yang pulang ke pangkuan Perak musim ini selepas berkelana ke Selangor selama dua musim tidak mahu memikirkan mengenai perkara itu.

Lawan Kawan....

Ketika malaysia sibuk nk cari negara or club2 EPL nk wat friendly,yg kompom nye takkan menaikkan ranking negara...Pasukan Perak sudah pon mempunyai beberapa siri perlawanan KAWAN2 yang telah pon di atur bg persiapan musim 2011..Kita Tak La nk jadi Cm FAM 2...Degor2 je lebih...last2 ceduk je mane2 team nk lawan...

So Berikut adalah jadual yang telah dirancang :

27hb. November 2010 - Perak vs KL Pos (Std. Perak, Ipoh, 4.45pm)
4hb. December 2010 - KL Felda vs Perak (mase&vanue TBC)
11hb. December - Perak vs Sime Darby Fc (Std. Perak, Ipoh,8.45pm)
18hb. December 2010 - Perak vs TLDM (Std. TLDM, Lumut,4.45pm)
20hb December 2010 - Perak vs Real madrid (perlawanan ini dibatalkan kerana Real Madrid Kecot Gn Perak)


So pade sesape yang ade mse 2 bole la dtg bg semangat kt team...dengor2 masuk percuma and tandas di sediakan....


p/s:- Jali kelihatan berada di restoran vanggey berpakaian seperti pekerja restoran vanggey...hahaha...

Wednesday, November 24, 2010

The Tornado...


Angin yang bertiup kencang yang mampu memusnahkan segala apa yang dihadapannya dikenali sebagai puting beliung a.k.a The Tornado...Begitulah Sifat The Tornado...Memusnahkan ape jua yang menghalang laluannya..

Pasukan Perak Sangat Beruntung kerana mempunyai seorang pemain yang mempunyai sifat2 The Tornado..beliau adalah RAZALI UMAR KANDASAMY a.k.a Jali a.k.a EL TORNADO...beliau mampu memusnahkan benteng pasukan lawan sepertimana sifat puting beliung...kalo beliau memecut pasti cicao defend lawan..

Namun Sifat Tornado itu dilihat semakin hilang daripada Jali terutamanya pada musim lepas...banyak khabar angin bertiup kencang seperti juga tornado bertiup mengapa sengat jali ni makin kurang dan yang paling byk kite dengor adalah displin SI Tornado ni...tp takpe la..season lps punya cite kite jadikan taladan....

Namun Sekarang ketike Perak Giat mempersiapkan pasukan bg musim 2011 ni, semakin banyak plak khabar angin bertiup kencang mengenai si Jali ni..ade yang mule2 kate die tak main perak lagi...than ade sumber2 ckp beliau telah pon disambung kontrak (ni siap kuar metro)..dan sekarang dengor mamat ni kejap datang kejap ilang dari training Perak..Sehingge terdengor dia bakal di gugorkan...namun khabar2 angin ni hanya akan terjawab bile perak umumkan team 29 Nov 2010 ni..

Nasihat SSU kepada Si jali ni,mike jagelah displin sket..mike 2 ade kelebihan kurniaan Tuhan yang xbyk player ade..Peminat Perak sentiase support mike and berharap mike akan meletop season dpn...semoga JALI dapat membalas jasa semua penyokong PERAK yang tak pernah Jemu Sokong beliau...AYUH TORNADO...TUNJUKKAN KEHEBATANMU...


p/s:- Satu lagi Sifat Puting beliung @ The Tornado adalah ia muncul kekadang je...Kejap ade Kejap Hilang..Agaknya Sifat Tu Pun melekat Kat Si Jali ni pase Die Pon On Off Je dtg Training..hahaha.....(Kalo Jali G team lain season Dpn..1st game SSU akan Bakor banner Die..hahaha)

Saturday, November 20, 2010

Seladang Terus Mara....

Selamat Hari Raya Aidiladha Kepada Semua terlebih dahulu..Walaupun Hari Raya Korban Baru Je Disambut dan Sepupu2 Seladang Banyak Terkorban Kerana Dijadikan korban,namun Skaud Seladang tidak terus berduka dan terus mara ke hadapan untuk meneruskan hidup..sehubungan dengan itu skaud Seladang telah pon memulakan latihan dibawah bimbingan Cikgu Jan..

Ramai pemain yang telah kompem bermain dengan Skaud Seladang hadir bagi menjalani latihan pertama itu antaranya Sharulnizam,Chan Wing Hong,Nasril,Nazri Kamal,Nanthakumar,Syazwan Roslan Dll...Turut kelihatan adalah Penyerang sensari Negara AKMAL RIZAL walaupon beliau hanya duduk je...maybe die letih lagi..ye la die tolong melapah kot...

So Semoga SELADANG TERUS MARA untuk menyondol Gergasi ke , Kijang ke, Ruse Ke, Kenari Ke....AYUH BANGKITLAH SELADANG BERJUANG MENENTANG MUSUH..



p/s: The Tornado Masih tidak nampak dalam training 1st ni...mungkin die ade kontrak part time lagi dengan nasi vanggey...Tak pon die bz nk tgk crite 2Alam...huahuahua

Thursday, November 18, 2010

29 Nov 2011--Tarikh Keramat

Menurut sumber risikan CIA SSU...29 nov ni adalah tarikh keramat bg pasukan perak 2011..ape ke he nye??ghope2nyer 29hb ni PAFA akan melancarkan jersi Pasukan Perak 2011 tajaan Specs....Watpe nk tukor kn..kite ade kontrak lg gn specs..rugi la klo tukor..kne bayor yob....

Dan pada tarikh keramat itu juga PASUKAN PERAK 2011 akan dipertontonkan kepada umum...so akan terjawab le teke teki kome sape yg nk main keeper,sape nk jdi simpanan,sape nk score,sape yang nk pake jersi no 23...

Anda semua Dijemput hadir ye...ingat tarikh 2...ooopppsss lupe nk bg tau..tempatnye di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak...dengor2 media seluruh dunia akan hadir seperti BBCsport,geng2 sokernet,ESPNnews,malaysiakini,Playboy dan sebagainya...

p/s:-Perak akan memperkenal kn sorg player berstatus bintang dunia mase 2...kome kne la dtg...

Monday, November 15, 2010

Shafiq Jamal Ke Perak

Salam Silvermania ..


Sebelum memulakan kata-kata, ingin mewakili bagi semua silvermania untuk mengucapkan tahniah kepada PASUKAN MALAYSIA kerana berjaya mengakhiri badi 32 Tahun selepas layak ke pusingan kedua. TAHNIAH dan KAMI BERBANGGA dengan Korang.

Berita ini rasanya dah ramai tahu!! Akhirnya Perak mendapat seorang lagi penyerang selepas Perak menyambar Shahrul Hafiz dari Harimau Muda.

Shafiq Jamal yang kita kenali ialah seorang pemain yang berasal daripada Jitra, Kedah. Beliau di lahirkan pada 12 Disember 1988.

Beliau tidak banyak mendapat peluang dan ruang untuk membuktikan kemampuan beliau di Kedah, Maka Perak akan menguji kemampuan beliau sebagai Penyerang yang Mantap.

Selain daripada Shafiq Jamal, Akmal Rizal juga dilaporkan akan menandatangai kontrak bersama PAFA. Akmal Rizal sebelum ini mewakili Kelantan yang telah menabur jasa untuk membolehkan Kelantan Menjuarai PIALA MALAYSIA.

Saya berpendapat bahawa Akmal Rizal merupakan Penyerang yang kita cari selama ini iaitu Seorang Penyerang yang sentiasa berada di kedudukan yang tepat.


Sunday, November 7, 2010

Nurrizzuan

Salam Silvermania

Saya terasa untuk menulis sesuatu mengenai Pemain Piala Presiden bernama Nurrizzuan Abu Hassan( kalau tidak silap la namanya ) (Silap maaf yer).

Beliau di angkat ke skuad senior oleh coach Raja Azlan yang mengesan bakat yang dimiliki oleh pemain ini. Beliau berkeupayaan bermain di posisi sayap kiri dan penyerang. Beliau memiliki kepantasan yang super pantas dan skill yang laju bagai ditiup angin.

Namanya menjadi sebutan ketika beliau menjaringkan gol ketika PERAK MENEWASKAN SELANGOR ( Persahabatan di padang SUK Shah Alam). Ketika itu beliau menunjukkan sesuatu yang menakjubkan dengan volley yang menarik ketika menewaskan IKE ( Iqbal Suhaimi ).

Namanya terus berkembang ketika menyertai Perak didalam Piala Emas Raja-Raja. Walaupun beliau tidak menjaringkan gol tetapi gaya permainan yang menarik sangat mempersonakan setiap menyokong yang hadir.

Harap Nurrizzuan akan terus kedepan dan doakan beliau dapat tempat didalam skuad Kebangsaan.

Kepada Nurrizzuan, MAJUKANLAH DIRI ANDA UNTUK MASA DEPAN SENDIRI.

Friday, November 5, 2010

lapan muka baru yang bakal beraksi dalam Liga Super negeri Perak bagi musim 2011


Bekas kapten Kedah, Sharulnizam Mustapa antara lapan muka baru yang bakal beraksi dalam Liga Super negeri Perak bagi musim 2011.

Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, berkata 13 pemain musim 2010 dikekalkan antaranya Mohd Syazwan Mohd Roslan, Muhammad Nazri Mohd Kamal dan Razali Umar Kandasamy.

“Untuk Liga Super musim 2011, kita mengekalkan 13 pemain lama dan membariskan lapan muka baru bagi menguatkan jentera pasukan di bawah bimbingan ketua jurulatih, Norizan Bakar,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani surat tawaran dan kontrak dengan barisan skuad Perak 2011 di Ipoh, pagi ini.

Selain Sharulnizam, tujuh pemain baru yang menyertai skuad Perak ialah Mohd Khairi Zainuddin, Mohd Syahman Zainuddin, Chan Wing Hoong, Mohd Nasril Mat Nourdin, Harizul Izuan Abdul Rani, Mohd Noor Hazrul Mahd Mustafa dan Mohd Shahrul Hafiz Mohd Shafie.

10 lagi pemain musim 2010 yang diberi kepercayaan semula untuk mengemudi skuad Perak bagi Liga Super 2011 ialah Khairul Amri Salehudin, Kamarul Effandi Abdul Rahim, Azmeer Yusof, Isma Alif Mohd Salim, K Nanthakumar, Mohd Khalis Ibrahim, Mohd Nasir Basharuddin, Muhammmad Nurridzuan Abu Hasan, Nurul Nashriq Kamarddin dan Khairul Izzat Jamaluddin.

Sementara itu, Zainol Fadzi berkata, bagi memantapkan pengurusan dan profesionalisme PAFA, jawatankuasa pengurusan akan diaktifkan semula termasuk menganjurkan pertandingan bola sepak bawah 20 tahun pada November ini bagi mencari
barisan pelapis untuk diserapkan dalam Liga Super dan Piala Presiden.

“Jawatankuasa ini juga akan mengkaji prestasi pasukan kerana kita tidak mahu lagi menangguh-nangguhkan masalah yang timbul sebaliknya menyelesaikannya secepat mungkin,” katanya.

Jawatankuasa ini dianggotai bekas pemain dan jurulatih yang berperanan memberi input kepada pengurusan pasukan manakala ketua jurulatih bagi Liga Super dan Piala Presiden diminta memberi laporan terkini setiap kali bermesyuarat.

“Mulai musim 2011, kita akan bertindak tegas memotong 30 peratus gaji pemain yang tidak hadir latihan tanpa alasan kukuh selepas mereka mendapat surat amaran daripada PAFA.

“Oleh itu, saya berharap pemain dapat mengubah pemikiran mereka ke arah yang positif dan bergerak bersama-sama dengan PAFA untuk masa depan sukan bolasepak Perak,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Sharulnizam yang ditemui pemberita berkata, kontrak beliau dengan pasukan Kedah akan berakhir hujung bulan ini.

Ujarnya, tawaran beraksi kembali untuk Perak sememangnya dinanti-nantikan dan berjanji akan berganding dengan pemain baru untuk memantapkan jentera pasukan.

“Walaupun skuad Perak dibarisi pemain muda, saya lihat ada keserasian di kalangan mereka dan dengan kerjasama pemain baru, kami akan berusaha untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala ke Perak,” katanya.


Credit 2 Yob4ever.com

Thursday, November 4, 2010

Safee Sali Mungkin Kekal Besama Skuad Gergasi Merah

Salam Silvermania

Sumber yang kami dapati menegaskan bahawa Safee Sali semakin hampir untuk menyambung khidmatnya bersama Selangor. Betul atau tidak, itu terpulang kepada pemikiran masing-masing.

Kebarangkalian beliau tidak berhijrah ke Perak berkemungkinan kerana faktor GAJI yang tidak memuaskan.

Sumber Kami Akan Meneruskan Siasatan.

Salah Seorang Star Bertiup ke Perak

Salam Silvermania ..

Percaya atau tidak .. Salah Seorang player Kembar negara kelihatan di ipoh setelah di gugurkan dari skuad Sukan Asia .. Mungkin kah untuk mementerai kontrak bersama Pasukan Perak?


Sumber Risikan SSU akan Mengkaji dengan lebih mendalam

THIRU MENIRU

Salam silvermania

Berita ini tiada kaitan dengan peperiksaan PMR ataupun SPM sebaliknya ia berkaitan dengan seorang pemain kedah yang dikatakan akan meniru rakan2 lain untuk berhijrah ke negeri lain. Sumber risikan mengatakan pemain ini tidak gembira di Kedah. Walaupun namanya thiru bukan bermakna dia akan meniru rakan dia berhijrah ke janda baik tetapi dia mungkin memilih negeri yang ada nasi ganja!

Penulis: nasi ganja dan ganja adalah benda yg berlainan.

Tuesday, November 2, 2010

KELIRU CELARU

Salam silvermania

Kita tinggalkan sebentar tentang berita perpindahan pemain. Seperti yang kita tahu Norizan Bakar telah dilantik menjadi coach untuk pasukan perak pada tahun hadapan, tapi memandangkan coach raja azlan masih lagi mempunyai baki kontrak dengan Perak berkemungkinan pelantikan norizan bakar tidak sah. Mana boleh satu team ada dua head coach. Jabatan risikan ssu masih berusaha mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini.

"RASUAH MEMBAWA PADAH"

Monday, November 1, 2010

Transfer News

Salam silvermania

selepas sesi pemilihan pada petang semalam, antara player yg akan beraksi utk pasukan Perak 2011 yg namanya telah confirm:
1) shahrul nizam
2) harizul izuan
3) hazrul mustafa
4) black @ shahrul hafiz
4) nasril nordin

khabar angin mengatakan safee sali dan fakri dh sign contract dgn Perak...

Related Posts with Thumbnails