CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Live/Chat Box

Thursday, December 30, 2010

Komplot Di Ipoh

Salam Silvermania..

Saya ingin menjemput semua sedare-sedare silvermania untuk berKOMPLOT di sekitar ipoh malam ini .. maklumatnya seperti berikut:

Tarikh: 31.12.2010 (Hari ini)
Masa: 11.00 Malam
Tempat: Restoren Vanggey, Greentown

Harap Sedare-sedare dapat meluangkan masa bersama bagi memastikan kekuatan kita 2011.. Majulah Perak dalam liga ..

Jumpa di sana .. Boleh juga hubungi saya untuk sebarang pertanyaan
Fazrul: 0176350023

Wednesday, December 29, 2010

Tahniah Skuad Harimau Malaya

Salam Silvermania


Hari ini hari yang sangat gembira untuk kita semua .. sudah lah gembira sebab menang .. dapat cuti pulak .. memang terbaik dari ladang ..

Kami seluruh warga Silvermania tak kira dari apa bangsa, agama dan kawasan mengucapkan tahniah kepada Skuad Harimau Malaya ..

Tahun Depan Juara Liga Milik Kita .. Mari kita usahakan .. Skuad Seladang Akan Mengganaz ..

Thursday, December 23, 2010

FINAL MALAYSIA VS INDONSIA a.k.a URUGUAY.....

pada hari pertempuran ini....semua2 ultras2 akan bertemu dan bergabong bg menyokong malaysia....geng2 SSU juga akan turun dari serata alam seperti pulau pinang,tepeng,KK,Ipoh,Tapah,bidor,manjung,tg malim,sungke,teluk intan....So di harap semua dapat menjage displin masing2 dan menjage keselamatan antara 1 sama lain..AYUH MALAYSIA..HANCURKAN LAWAN MU..

Sunday, December 5, 2010

Krismas Di Thailand....



Pasukan perak akan menyambut perayaan krismas di thailand...Ini kerana mereka akan terbang ke sane pada 25hb Dis ni....menurut sumber2 risikan, pasukan2 di thailand beratur untuk mgadakan perlawanan persahabatan dengan perak...Namun oleh kerana Salji menebal ketika hujung taun ni, perak terpaksa memendekkan trip ke sane...deme akan pulang pada 28hb,,,so dalam mase 3 ari 2 sempat la wat 1 game...lg 2 ari nk urut2...bagi power,,,baru la jali py kaki lebih berbisa,,,,hahaha....and dengor2 mase ke sane nti akan ade 2 lg muka baru ikot...2 2 star....no 13 and no 7...sape kah ia???

Wednesday, December 1, 2010

Perak 2011 dan No 13...Apa Istimewanya??

Dibawah adalah list pemain2 perak 2011 yang akan mengegorkan arena bola sepak malaysia...tq kepada Amirul Ihsan yang memberi maklumat ini....

Namun menurut risikan aku (teka la sape aku) No 13 telah di khaskn kepada seorang bintang yang ura2 akan menyertai perak..mamat ni pon mmg anak perak and pernah menyarung jersi 13 ini....namun selepas berhijrah dengor2 die x pake no 13 tp die tambah 10 lg menjadi 23 (die pon pernah main 2 2 team anak emas FAM)...tp klo nk blik perak mne bole pkai no 23 kn..2 kn The Tornado punye...

menurut risikan aku gak, mamat ni merupakan kapten pasukan yang menjulang piala paling berprestij di malaysia season 2010...so adakah beliau akan kembali menyarung jersi perak 2011??sama2 kite nantikan...bak kate pepatah melayu "seperti sirih pulang ke gagang"


PERAK 2011...

1 KHAIRUL AMRI
2 CHAN WING HONG
3 KHAIRI ZAINUDDIN
4 SYAHMAN ZAINUDDIN (MANDIN)
5 ARIFF ISMAIL
6 SYAZWAN ROSLAN (ATONG)
7 -
8 SHARULNIZAM MUSTAFFA (ARUL)
9 SYAFIQ JAMAL
10 NAZRI KAMAL (JELI)
11 MOHD SHAHRUL HAFIZ (BLACK)
12 KHAIRUL IZZAT JAMALUDDIN
13 -
14 AKMAL RIZAL
15 AZMEER YUSSUF
16 -
17 K.NATHAKUMAR
18 -
19 HAZRUL MUSTAFFA (o'oi)
20 HARIZUL IZWAN ABD RANI
21 KAMARUL EFFENDI (KE)
22 ISMA ALIF
23 RAZALI UMAR (EL TORNADO)
24 -
25 NASRIL NOURDIN
26 NURRIDUAN ABU HASSAN
27 NURUL NASRIQ
28 MOHD NASIR
29 -
30 KHALIS IBRAHIM

p/s:- 29 Nov---> Jali merupakan pemain pertama yang hadir pada sesi rehearsal...plan kui 11am die dtg 1030am...mmg bgs tornado ni....tp bile majlis rasmi 2ptg die ilang...hahaha...aku xkesah sgt sebab slalunye 2pm pekerja vanggey tukar shift keje...

Friday, November 26, 2010

Nantha bengang gaji kena potong


KEPUTUSAN sama ada K Nanthakumar kekal bersama Perak untuk musim 2011 akan diketahui selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin yang pulang dari luar negara, semalam.

“Keputusan kedudukan saya akan terjawab selepas mengadakan pertemuan dengannya,” katanya.

Menurut Nantha tujuan pertemuan itu ialah untuk mendengar penjelasan Presiden Pafa itu terhadap tindakan memotong gajinya.

“Saya sudah mengadakan perbincangan dengan pengurusan pasukan dan dimaklumkan mengenai pemotongan gaji itu.

“Saya difahamkan ia keputusan majlis. Oleh itu saya ingin dengar daripada mulut Presiden sendiri.

“Saya cuma ingin tahu kenapa tindakan itu dikenakan sedangkan saya buktikan kesetiaan kepada negeri dengan menjadi pemain senior tunggal pulang ke pangkuan pasukan awal tahun ini.

“Sudahlah gaji tidak tinggi dipotong pula. Pemain muda sebaliknya dinaikkan gaji.

“Pemain luar yang menyertai Perak tahun ini juga menerima tawaran gaji lebih tinggi berbanding saya,” katanya yang mengaku belum mengikat kontrak dengan pasukan Seladang.Apapun segala keputusan mengenai kedudukannya bersama Seladang akan dibuat selepas perbincangan dengan Presiden Pafa itu.

“Tengoklah macam mana. Saya tidak boleh berkata apa-apa masa ini. Namun, yang pasti jika boleh saya mahu terus beraksi untuk negeri asal saya,” katanya.

Nantha, 33, yakin mampu memberi khidmat kepada pasukan Seladang seperti dilakukan pemain Selangor, Khairul Anuar Baharom pada usia 36 tahun.

Mengenai lamaran pasukan lain, Nantha, yang pulang ke pangkuan Perak musim ini selepas berkelana ke Selangor selama dua musim tidak mahu memikirkan mengenai perkara itu.

Lawan Kawan....

Ketika malaysia sibuk nk cari negara or club2 EPL nk wat friendly,yg kompom nye takkan menaikkan ranking negara...Pasukan Perak sudah pon mempunyai beberapa siri perlawanan KAWAN2 yang telah pon di atur bg persiapan musim 2011..Kita Tak La nk jadi Cm FAM 2...Degor2 je lebih...last2 ceduk je mane2 team nk lawan...

So Berikut adalah jadual yang telah dirancang :

27hb. November 2010 - Perak vs KL Pos (Std. Perak, Ipoh, 4.45pm)
4hb. December 2010 - KL Felda vs Perak (mase&vanue TBC)
11hb. December - Perak vs Sime Darby Fc (Std. Perak, Ipoh,8.45pm)
18hb. December 2010 - Perak vs TLDM (Std. TLDM, Lumut,4.45pm)
20hb December 2010 - Perak vs Real madrid (perlawanan ini dibatalkan kerana Real Madrid Kecot Gn Perak)


So pade sesape yang ade mse 2 bole la dtg bg semangat kt team...dengor2 masuk percuma and tandas di sediakan....


p/s:- Jali kelihatan berada di restoran vanggey berpakaian seperti pekerja restoran vanggey...hahaha...

Wednesday, November 24, 2010

The Tornado...


Angin yang bertiup kencang yang mampu memusnahkan segala apa yang dihadapannya dikenali sebagai puting beliung a.k.a The Tornado...Begitulah Sifat The Tornado...Memusnahkan ape jua yang menghalang laluannya..

Pasukan Perak Sangat Beruntung kerana mempunyai seorang pemain yang mempunyai sifat2 The Tornado..beliau adalah RAZALI UMAR KANDASAMY a.k.a Jali a.k.a EL TORNADO...beliau mampu memusnahkan benteng pasukan lawan sepertimana sifat puting beliung...kalo beliau memecut pasti cicao defend lawan..

Namun Sifat Tornado itu dilihat semakin hilang daripada Jali terutamanya pada musim lepas...banyak khabar angin bertiup kencang seperti juga tornado bertiup mengapa sengat jali ni makin kurang dan yang paling byk kite dengor adalah displin SI Tornado ni...tp takpe la..season lps punya cite kite jadikan taladan....

Namun Sekarang ketike Perak Giat mempersiapkan pasukan bg musim 2011 ni, semakin banyak plak khabar angin bertiup kencang mengenai si Jali ni..ade yang mule2 kate die tak main perak lagi...than ade sumber2 ckp beliau telah pon disambung kontrak (ni siap kuar metro)..dan sekarang dengor mamat ni kejap datang kejap ilang dari training Perak..Sehingge terdengor dia bakal di gugorkan...namun khabar2 angin ni hanya akan terjawab bile perak umumkan team 29 Nov 2010 ni..

Nasihat SSU kepada Si jali ni,mike jagelah displin sket..mike 2 ade kelebihan kurniaan Tuhan yang xbyk player ade..Peminat Perak sentiase support mike and berharap mike akan meletop season dpn...semoga JALI dapat membalas jasa semua penyokong PERAK yang tak pernah Jemu Sokong beliau...AYUH TORNADO...TUNJUKKAN KEHEBATANMU...


p/s:- Satu lagi Sifat Puting beliung @ The Tornado adalah ia muncul kekadang je...Kejap ade Kejap Hilang..Agaknya Sifat Tu Pun melekat Kat Si Jali ni pase Die Pon On Off Je dtg Training..hahaha.....(Kalo Jali G team lain season Dpn..1st game SSU akan Bakor banner Die..hahaha)

Saturday, November 20, 2010

Seladang Terus Mara....

Selamat Hari Raya Aidiladha Kepada Semua terlebih dahulu..Walaupun Hari Raya Korban Baru Je Disambut dan Sepupu2 Seladang Banyak Terkorban Kerana Dijadikan korban,namun Skaud Seladang tidak terus berduka dan terus mara ke hadapan untuk meneruskan hidup..sehubungan dengan itu skaud Seladang telah pon memulakan latihan dibawah bimbingan Cikgu Jan..

Ramai pemain yang telah kompem bermain dengan Skaud Seladang hadir bagi menjalani latihan pertama itu antaranya Sharulnizam,Chan Wing Hong,Nasril,Nazri Kamal,Nanthakumar,Syazwan Roslan Dll...Turut kelihatan adalah Penyerang sensari Negara AKMAL RIZAL walaupon beliau hanya duduk je...maybe die letih lagi..ye la die tolong melapah kot...

So Semoga SELADANG TERUS MARA untuk menyondol Gergasi ke , Kijang ke, Ruse Ke, Kenari Ke....AYUH BANGKITLAH SELADANG BERJUANG MENENTANG MUSUH..



p/s: The Tornado Masih tidak nampak dalam training 1st ni...mungkin die ade kontrak part time lagi dengan nasi vanggey...Tak pon die bz nk tgk crite 2Alam...huahuahua

Thursday, November 18, 2010

29 Nov 2011--Tarikh Keramat

Menurut sumber risikan CIA SSU...29 nov ni adalah tarikh keramat bg pasukan perak 2011..ape ke he nye??ghope2nyer 29hb ni PAFA akan melancarkan jersi Pasukan Perak 2011 tajaan Specs....Watpe nk tukor kn..kite ade kontrak lg gn specs..rugi la klo tukor..kne bayor yob....

Dan pada tarikh keramat itu juga PASUKAN PERAK 2011 akan dipertontonkan kepada umum...so akan terjawab le teke teki kome sape yg nk main keeper,sape nk jdi simpanan,sape nk score,sape yang nk pake jersi no 23...

Anda semua Dijemput hadir ye...ingat tarikh 2...ooopppsss lupe nk bg tau..tempatnye di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak...dengor2 media seluruh dunia akan hadir seperti BBCsport,geng2 sokernet,ESPNnews,malaysiakini,Playboy dan sebagainya...

p/s:-Perak akan memperkenal kn sorg player berstatus bintang dunia mase 2...kome kne la dtg...

Monday, November 15, 2010

Shafiq Jamal Ke Perak

Salam Silvermania ..


Sebelum memulakan kata-kata, ingin mewakili bagi semua silvermania untuk mengucapkan tahniah kepada PASUKAN MALAYSIA kerana berjaya mengakhiri badi 32 Tahun selepas layak ke pusingan kedua. TAHNIAH dan KAMI BERBANGGA dengan Korang.

Berita ini rasanya dah ramai tahu!! Akhirnya Perak mendapat seorang lagi penyerang selepas Perak menyambar Shahrul Hafiz dari Harimau Muda.

Shafiq Jamal yang kita kenali ialah seorang pemain yang berasal daripada Jitra, Kedah. Beliau di lahirkan pada 12 Disember 1988.

Beliau tidak banyak mendapat peluang dan ruang untuk membuktikan kemampuan beliau di Kedah, Maka Perak akan menguji kemampuan beliau sebagai Penyerang yang Mantap.

Selain daripada Shafiq Jamal, Akmal Rizal juga dilaporkan akan menandatangai kontrak bersama PAFA. Akmal Rizal sebelum ini mewakili Kelantan yang telah menabur jasa untuk membolehkan Kelantan Menjuarai PIALA MALAYSIA.

Saya berpendapat bahawa Akmal Rizal merupakan Penyerang yang kita cari selama ini iaitu Seorang Penyerang yang sentiasa berada di kedudukan yang tepat.


Sunday, November 7, 2010

Nurrizzuan

Salam Silvermania

Saya terasa untuk menulis sesuatu mengenai Pemain Piala Presiden bernama Nurrizzuan Abu Hassan( kalau tidak silap la namanya ) (Silap maaf yer).

Beliau di angkat ke skuad senior oleh coach Raja Azlan yang mengesan bakat yang dimiliki oleh pemain ini. Beliau berkeupayaan bermain di posisi sayap kiri dan penyerang. Beliau memiliki kepantasan yang super pantas dan skill yang laju bagai ditiup angin.

Namanya menjadi sebutan ketika beliau menjaringkan gol ketika PERAK MENEWASKAN SELANGOR ( Persahabatan di padang SUK Shah Alam). Ketika itu beliau menunjukkan sesuatu yang menakjubkan dengan volley yang menarik ketika menewaskan IKE ( Iqbal Suhaimi ).

Namanya terus berkembang ketika menyertai Perak didalam Piala Emas Raja-Raja. Walaupun beliau tidak menjaringkan gol tetapi gaya permainan yang menarik sangat mempersonakan setiap menyokong yang hadir.

Harap Nurrizzuan akan terus kedepan dan doakan beliau dapat tempat didalam skuad Kebangsaan.

Kepada Nurrizzuan, MAJUKANLAH DIRI ANDA UNTUK MASA DEPAN SENDIRI.

Friday, November 5, 2010

lapan muka baru yang bakal beraksi dalam Liga Super negeri Perak bagi musim 2011


Bekas kapten Kedah, Sharulnizam Mustapa antara lapan muka baru yang bakal beraksi dalam Liga Super negeri Perak bagi musim 2011.

Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, berkata 13 pemain musim 2010 dikekalkan antaranya Mohd Syazwan Mohd Roslan, Muhammad Nazri Mohd Kamal dan Razali Umar Kandasamy.

“Untuk Liga Super musim 2011, kita mengekalkan 13 pemain lama dan membariskan lapan muka baru bagi menguatkan jentera pasukan di bawah bimbingan ketua jurulatih, Norizan Bakar,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani surat tawaran dan kontrak dengan barisan skuad Perak 2011 di Ipoh, pagi ini.

Selain Sharulnizam, tujuh pemain baru yang menyertai skuad Perak ialah Mohd Khairi Zainuddin, Mohd Syahman Zainuddin, Chan Wing Hoong, Mohd Nasril Mat Nourdin, Harizul Izuan Abdul Rani, Mohd Noor Hazrul Mahd Mustafa dan Mohd Shahrul Hafiz Mohd Shafie.

10 lagi pemain musim 2010 yang diberi kepercayaan semula untuk mengemudi skuad Perak bagi Liga Super 2011 ialah Khairul Amri Salehudin, Kamarul Effandi Abdul Rahim, Azmeer Yusof, Isma Alif Mohd Salim, K Nanthakumar, Mohd Khalis Ibrahim, Mohd Nasir Basharuddin, Muhammmad Nurridzuan Abu Hasan, Nurul Nashriq Kamarddin dan Khairul Izzat Jamaluddin.

Sementara itu, Zainol Fadzi berkata, bagi memantapkan pengurusan dan profesionalisme PAFA, jawatankuasa pengurusan akan diaktifkan semula termasuk menganjurkan pertandingan bola sepak bawah 20 tahun pada November ini bagi mencari
barisan pelapis untuk diserapkan dalam Liga Super dan Piala Presiden.

“Jawatankuasa ini juga akan mengkaji prestasi pasukan kerana kita tidak mahu lagi menangguh-nangguhkan masalah yang timbul sebaliknya menyelesaikannya secepat mungkin,” katanya.

Jawatankuasa ini dianggotai bekas pemain dan jurulatih yang berperanan memberi input kepada pengurusan pasukan manakala ketua jurulatih bagi Liga Super dan Piala Presiden diminta memberi laporan terkini setiap kali bermesyuarat.

“Mulai musim 2011, kita akan bertindak tegas memotong 30 peratus gaji pemain yang tidak hadir latihan tanpa alasan kukuh selepas mereka mendapat surat amaran daripada PAFA.

“Oleh itu, saya berharap pemain dapat mengubah pemikiran mereka ke arah yang positif dan bergerak bersama-sama dengan PAFA untuk masa depan sukan bolasepak Perak,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Sharulnizam yang ditemui pemberita berkata, kontrak beliau dengan pasukan Kedah akan berakhir hujung bulan ini.

Ujarnya, tawaran beraksi kembali untuk Perak sememangnya dinanti-nantikan dan berjanji akan berganding dengan pemain baru untuk memantapkan jentera pasukan.

“Walaupun skuad Perak dibarisi pemain muda, saya lihat ada keserasian di kalangan mereka dan dengan kerjasama pemain baru, kami akan berusaha untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala ke Perak,” katanya.


Credit 2 Yob4ever.com

Thursday, November 4, 2010

Safee Sali Mungkin Kekal Besama Skuad Gergasi Merah

Salam Silvermania

Sumber yang kami dapati menegaskan bahawa Safee Sali semakin hampir untuk menyambung khidmatnya bersama Selangor. Betul atau tidak, itu terpulang kepada pemikiran masing-masing.

Kebarangkalian beliau tidak berhijrah ke Perak berkemungkinan kerana faktor GAJI yang tidak memuaskan.

Sumber Kami Akan Meneruskan Siasatan.

Salah Seorang Star Bertiup ke Perak

Salam Silvermania ..

Percaya atau tidak .. Salah Seorang player Kembar negara kelihatan di ipoh setelah di gugurkan dari skuad Sukan Asia .. Mungkin kah untuk mementerai kontrak bersama Pasukan Perak?


Sumber Risikan SSU akan Mengkaji dengan lebih mendalam

THIRU MENIRU

Salam silvermania

Berita ini tiada kaitan dengan peperiksaan PMR ataupun SPM sebaliknya ia berkaitan dengan seorang pemain kedah yang dikatakan akan meniru rakan2 lain untuk berhijrah ke negeri lain. Sumber risikan mengatakan pemain ini tidak gembira di Kedah. Walaupun namanya thiru bukan bermakna dia akan meniru rakan dia berhijrah ke janda baik tetapi dia mungkin memilih negeri yang ada nasi ganja!

Penulis: nasi ganja dan ganja adalah benda yg berlainan.

Tuesday, November 2, 2010

KELIRU CELARU

Salam silvermania

Kita tinggalkan sebentar tentang berita perpindahan pemain. Seperti yang kita tahu Norizan Bakar telah dilantik menjadi coach untuk pasukan perak pada tahun hadapan, tapi memandangkan coach raja azlan masih lagi mempunyai baki kontrak dengan Perak berkemungkinan pelantikan norizan bakar tidak sah. Mana boleh satu team ada dua head coach. Jabatan risikan ssu masih berusaha mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini.

"RASUAH MEMBAWA PADAH"

Monday, November 1, 2010

Transfer News

Salam silvermania

selepas sesi pemilihan pada petang semalam, antara player yg akan beraksi utk pasukan Perak 2011 yg namanya telah confirm:
1) shahrul nizam
2) harizul izuan
3) hazrul mustafa
4) black @ shahrul hafiz
4) nasril nordin

khabar angin mengatakan safee sali dan fakri dh sign contract dgn Perak...

Saturday, October 30, 2010

Khabar Tsunami Pemindahan Pemain

Salam Silvermania

Sebelum ini saya pernah mewarwarkan tentang Pemindahan Pemain Ke Perak. Kali ini Angin Tsunami telah bertiup kencang. Informasi terkini yang telah diterima, Beberapa lagi pemain akan ke Perak. Antaranya Ialah:

  1. Beberapa Kuda tua
  2. Sabree Abu
  3. Chan Wing Hong
  4. Hafizol (tah sape nie .. aku kenal harizul je .. haha)
  5. Nasrin (Ni pon xtau la)
  6. Pemain Seperti Post yang sebelum ini kemungkinan besar bersama kita

Monday, October 25, 2010

Khabar Angin Perpindahan Pemain

Salam Silvermania

Beberapa khabar angin telah kita terima dan kita dengar...
Antara Khabar Angin tentang Pemain yang akan pulang dan berhijrah ke pasukan kesayangan kita tahun depan:

  1. Safee Sali
  2. Shahrul Idlan Talaha
  3. Shahrul Nizam Mustaffa
  4. Hardi Jaafar
  5. S. Subramaniam
Berita Terkini akan kami laporkan
Pastikan anda setia bersama kami
Sayang Perak Sampai Mati

Barisan Kejurulatihan 2011

Salam Silvermania

Seperti yang kita semua sedia maklum barisan pengurusan dan kejurulatihan adalah seperti dibawah: sumber : www.seladang.net

Pengurus : Khairul Azuan Harun
Penolong Pengurus : Ishsam Shahrudin & Ahmad Shahrul Azhar
Ketua Jurulatih : Norizan Bakar
Penolong Jurulatih : Chong Yee Fatt
Jurulatih Penjaga Gol : Abdul Talib Saidi

Harap barisan diatas dapat mengawal dan mempertahan barisan baru Perak tahun depan

Saturday, October 23, 2010

Kes Terbaru

Salam Silvermania

Hari ini aku nak kongsi cerita dengan korang semua ..

Mula-mula. FYI, kontrak Coach Raja ada lagi setahun .. Kalo nak buang dia kena la bayar pampasan ..

Adakah korang semua dengar desas-desus ada diantara pemain Perak sendiri yang mengambil Dadah Syabu????Aku ada la dengar cerita dari infomer yang boleh dipercayai ..

Beberapa orang player yang kantoi dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan .. Siapa itu .. korang pk la sape yang dah lama hilang dekat FB n tak main masa kita kalah dengan Johor FC ..

Persoalan sekarang .. manakah player ini mendapat duit untuk menagih najis seperti itu????
Nak harapkan gaji dorang berape je dorang dapat kan???
MANA DORANG DAPAT DUIT????MANA???KORANG NAK SALAHKAN COACH???
Korang cakap Coach tak tegas .. kalo Coach tak tegas nape dia boleh buang RAZALI????tp sape yang gatal-gatal serap dia kembali???? Korang pikir la secara logik .. Aku bukan nak buruk kan pemain atau coach .. Tapi cukup la korang tau apa yang Player buat kan ..

Apa yang mampu kita buat???kita bersorak, mengoyak kertas, lompat-lompat ... TAPI???

KEPADA PEMAIN PERAK SEASON DEPAN .. JANGAN TERLIBAT

Monday, October 18, 2010

Tamat Musim 2010

Akhirnya...

Habis juga musim yang penuh mendebarkan bagi kita semua untuk mengunggu sehingga perak selamat. Statistik Musim 2010

Liga Super-Tangga Ke 10
Piala FA-Pusingan ke 2
Piala Malaysia-Tempat Ke 3 Kumpulan C

Squad Perak 2010

Nombor Nama Player
1 KHAIRUL AMRI B SALEHUDDIN
3 MOHD ARIF FAZLIE B SAIDIN
4 SATHIAKUMARAN A/L SUBRAMANIAM
5 MUHD ARIF B ISMAIL
6 MOHD SYAZWAN BIN MOHD ROSLAN
7 BENEDICT MARTIN
8 MOHD HAFISZUAN B SALEHUDDIN
9 MOHD SAUFI B SA'AIDI
10 MUHAMMAD NAZRI BIN MOHD KAMAL
11 SHAHRIZAL B MOHD SAAD
12 MOHD FARID B HAMIDAN
13 WAN AZWARI B WAN NOR
14 MOHD HAFIZ B ABD RAHMAN
15 AZMEER B YUSOF
16 MOHAMAD KHALIS B IBRAHIM
17 NANTHAKUMAR A/L KALLIAPPAN
18 MOHD FAUZZI BIN MOHD KASSIM
19 SHAFUAN ADLI B SHAARI
20 ISMA ALIF B MOHD SALIM
21 KHAIRUL IZWAN B MOHAMED JAMALUDIN
22 MEGAT AMIR FAISAL AL-KHALIDY B IBRAHIM
23 RAZALI B UMAR KANDASAMY

Piala Malaysia Ditambah Wan Hossen ( Pinjaman dari Pulau Pinang ), Nurrizzuan, Nasriq dan Nasir( Pemain Piala Presiden)
Pemain Yang Dilepaskan Sebelum Piala Malaysia : Saufi, Khairul Izwan

Terima Kasih Kepada Semua Yang Memberi Sokongan Kepada Perak Untuk Musim ini
Insyaallah Kita Jumpa Musim Depan Dengan Penuh Aksi Yang Mantap

SSU Terus Maju bersama kita :)

Saturday, October 2, 2010

Perak VS ATM

Perlawanan keempat ..

Perak VS ATM
Stadium Selayang
03 Oktober 2010
8.45 Malam

Bersama-sama kita menggegarkan Stadium Selayang
Harap rakan-rakan dapat bersama-sama SSU untuk terus menyokong pasukan kebanggaan kita..

Friday, September 17, 2010

Johor FC vs Perak ( Live Arena 801)

Salam Silvermania Semua


Untuk pengetahuan semua, Astro Arena ( 801 ) akan menyiarkan siaran langsung perlawanan TM Piala Malaysia di antara Johor FC menentang Perak.

Oleh yang demikian, saya menjemput semua silvermania kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
untuk beramai-ramai menyaksikan perlawanan secara langsung:

Tempat : Restoren Sup Kaww Kelana Jaya (Bersebelahan Dengan Unitar & Giant Kelana Jaya)
Tarikh : 20 September 2010 ( Isnin )
Masa : 8.00 Malam Sehingga 11.00 Malam

Sila Hubungi Fazrul di talian 0176350023 untuk maklumat lanjut

Semua Dijemput hadir untuk memeriahkan suasana. Mari kita ubah budaya kita dari tengok live EPL di mamak kepada Tengok LIGA M di mamak .. hehehe ..

Selamat Berjuang

Perlawanan Ketiga TM Piala Malaysia


Time Home
Away Venue

8:45:PM Selangor PKNS vs Negeri Sembilan Stadium MBPJ, Kelana Jaya

8:45:PM Kelantan vs Kuala Lumpur, PLUS FC Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

8:15:PM Sabah vs Pahang Stadium Likas, Sabah

8:45:PM Terengganu vs Kuala Lumpur Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

8:45:PM ATM vs Kedah Stadium MP Selayang, Selangor

8:45:PM Johor FC vs Perak Stadium JCORP, Pasir Gudang, JB

8:45:PM Kuala Lumpur Felda United FC vs Terengganu PBDKT T-Team Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

8:45:PM Selangor vs Perlis Stadium Shah Alam, Selangor

Preview: Perak 2 vs 2 Atm



Credit to Pakcumy

Thursday, September 16, 2010

Perak VS Kedah ( Live RTM 1)

Akum dan selamat sejahtera..


Esok akan ada live perak vs kedah di RTM1 ..

Oleh itu saya amat la berbesar hati ingin mengajak kawan-kawan untuk berkumpul dan menonton live di skrin besar..

Tempat: Restoren Vangey ( Greentown, Ipoh )

Masa:8.00 Malam Sehingga 11.00 Malam

Tarikh:17 September 2010 (Jumaat)


Boleh Contact sy : fazrul - 0176350023

Perlawanan Kedua TM Piala Malaysia

Perlawanan Kedua TM Piala Malaysia

8:45:PMNegeri SembilanvsKuala Lumpur, PLUS FCStadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, NS
8:45:PMSelangor PKNSvsKelantanStadium MBPJ, Kelana Jaya
8:45:PMPahangvsKuala LumpurStadium Darul Makmur, Kuantan
8:15:PMSabahvsTerengganuStadium Likas, Sabah
8:45:PMKedahvsPerakStadium Darul Aman, Alor Setar
8:45:PMATMvsJohor FCStadium MP Selayang, Selangor
8:45:PMTerengganu PBDKT T-TeamvsPerlisStadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
8:45:PMKuala Lumpur Felda United FCvsSelangorStadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Sumber : www.malaysiansuperleague.com

Wednesday, September 15, 2010

AFF Suzuki cup Draws


AFF Suzuki Cup page in Facebook

Piala Malaysia: Kedah vs Perak



Previous result: Perak 2 VS 2 Atm (stdm perak)

Monday, July 26, 2010

Pengkhianat Bangsa!!!!!!!!!!!!




Preview International Friendly: Malaysia vs Korea





Thursday, July 22, 2010

MALAYSIA vs Korea



25 Julai (ahad)
Stadium Nasional Bukit Jalil
Ayuh Ke Stadium Menyokong Pasukan Kita,
Bola Sepak Kita, Wajah Kita.

Monday, July 19, 2010

Preview Liga super: Ngeri Sembilan 0 vs 0 Perak



Credit to pakcumy.blogspot.com

Wednesday, July 14, 2010

N9 vs Perak : Konvoi ke Paroi


Silver State Ultras akan menganjurkan Konvoi ke Paroi sabtu ini untuk perlawanan Perak Vs N9,konvoi dengan kereta, silvermania yang ingin turut serta dialu alukan, kos petrol dan tol pergi dan balik akan di tanggung oleh Silver State ultras, dengan syarat kereta yang menyertai konvoi mempunyai sekurang kurangnya 4 orang dalam satu kereta. Kuota terhad. Setakat ini 3 kereta penuh telah kompom pergi. Sila hubungi Ir Fai Qaj Mal @ Muhamad Najib Zolkifli untuk mengesahkan penyertaan sebelum hari jumaat. Terima kasih.

Klick kt nama tuk menghubungi di Facebook or di Talian
Ir Fai Qaj Mal-0125802380
Muhamad Najib Zolkifli-0175060725

Preview Liga super: Perak 1 vs 0 Selangor

Friday, June 4, 2010

'Kami rasa cukup malu'





"KAMI cukup malu malam itu!"
"KAMI cukup malu malam itu!" Bercakap bagi pihak bekas ketua pasukannya itu, Ravindran, 45, yang terkenal dengan jolokan ‘Kinta Ekspres’ di kalangan peminat bola sepak kerana kelajuannya itu menyifatkan tindakan itu sebagai tidak patut.

“Kami sudah memanaskan badan dan bersedia untuk mengharungi perlawanan, tapi tiba-tiba diberitahu tidak boleh beraksi dalam perlawanan itu gara-gara kesalahan 16 tahun lalu.

“Bayangkan perasaan kami ketika itu. Kami dijemput bermain dalam perlawanan itu dan hadir dengan kaum keluarga serta ramai rakan dan taulan untuk memberi sokongan. Malah ramai penonton hadir pada perlawanan itu. Ia adalah tanda sokongan mereka, terutama terhadap Azizol.

“Bagaimanapun ramai yang kecewa apabila tiba-tiba kami tiada dalam senarai pasukan,” katanya.

Menurut pemain berkenaan, akibat daripada larangan terhadap Azizol itu menyebabkan rakan sepasukan dalam Pilihan Perak enggan bermain, tetapi atas gesaan bekas kapten itu mereka akhirnya meneruskan perlawanan.

Ravindran kecewa kerana dia dan Azizol diperlakukan sedemikian sedangkan mereka sudah dibebaskan daripada hukuman oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sejak 2000 selepas menjalani penggantungan selama lima tahun serta dibuang daerah. Selain dua pemain itu, seorang lagi pemain Seladang terbabit ialah S Silvarajoo.

“Sudah hampir 10 tahun berlalu, kenapa isu ini masih dibangkitkan. Kami sudah menerima hukuman akibat tuduhan ‘rasuah bola sepak’ itu. Lagipun kami sudah dibenarkan beraksi oleh FAM,” katanya.

Menurut Ravindran, FAM sudah memberi kebenaran kepada semua pemain yang dikenakan hukuman berikutan tindakan besar-besaran oleh badan induk bola sepak negara itu dalam usaha untuk membersihkan bola sepak negara daripada gejala menjual perlawanan pada 1994 melalui surat ditanda tangani setiausahanya ketika itu, Datuk Paul Mony Samuel bertarikh 27 Jun 1998.

Ravindran berkata, pendedahannya itu bertujuan membela nasib serta menamatkan ‘penghinaan’ terhadap pemain seangkatannya di seluruh negara sedangkan hakikatnya antara antara mereka sehingga kini masih tiada galang ganti.

“Posisi saya selaku sayap sudah berjaya dilaksanakan M Nagaraja, tapi belum ada sesiapa yang dapat menggantikan tempat Azizol sampai sekarang.

“Bakat besarnya dalam permainan ini jangan disia-siakan. Dia boleh memainkan peranan berkesan dalam meningkatkan mutu bola sepak negara.

“Cuba lihat di luar negara, pemain seperti Maradona yang terbabit dengan pengambilan dadah, tapi kini menerajui pasukan Argentina dalam Piala Dunia. Sebaliknya kita di Malaysia lebih cenderung untuk terus menghukum dan membunuh kerjaya seseorang,” katanya.

Tuesday, May 25, 2010

Preview Liga super: Perak vs Johor



creadit to www.pakcumy.blogspot.com

you tube link: http://www.youtube.com/watch?v=2u87kGdrvgU&feature=channel

Saturday, May 15, 2010

Preview Liga Super: KL Plus vs Perak



Credit to pakcumy.blogspot.com
link: http://www.youtube.com/watch?v=uosVbDtYrDU&feature=player_embedded

Tuesday, May 11, 2010

Rombongan ke Ipoh: PERAK VS JOHOR FA

ROMBONGAN KE IPOH
PERLAWANAN : PERAK VS JOHOR FA
TARIKH : 22 MEI 2010 *Balik Hari*
BAYARAN : RM30.00 Seorang *Termasuk Tiket*.*Bayaran Deposit Sebanyak RM20 Sebelum 20 May 2010*.
CARA BAYARAN : Deposit RM20 Ke akaun CIMB Mohd Fazrul Hafiz -08160074464522-
TEMPAT BERKUMPUL: PERKARANGAN PINTU MASUK STADIUM MBPJ,KELANA JAYA
WAKTU BERKUMPUL : 1 TENGAH HARI
Hubungi: Fazrul – 0176350023 @ Najib – 0194953699 @ Raihan – 0146349464
Maklumat lanjut :
www.silverstateultras.forumm.biz
www.facebook.com/silver state ultras

Sunday, May 9, 2010

Komen Peminat Bolasepak Perak



Komen Peminat Bolasepak Perak terhadap Pengurusan Pasukan Liga Super Perak selepas perlawanan Perak menentang KL Plus di Stadium MBPJ Kelana Jaya pada 8hb Mei 2010

Credit To:Pakcu 4 this video
www.Pakcumy.blospot.com
youtube link: http://www.youtube.com/watch?v=U6DEOJEjIxA

Saturday, May 8, 2010

Jemputan ke Majlis Perkahwinan Diana & Razmi (Labu)



Aku nk ambik kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada Diana & Razmi di atas perkahwinan mereka... Kawin juga mereka akirnya stelah melalui pelbagai masalah dan dugaan yang mereka tempuhi... Di sini aku wakil kepada Razmi ingin menjemput kepada semua ahli SSU or Silvermania(penyokong perak yg bersama2 kami dalam Group ini) ke majlis perkahwinan Razmi di Klang....berikut tarikh dan tatacara majlis:

Ahah, 9 Mei 2010
Alamat: Lorong Sri Damak 15,
Taman Sri Andalas, 41200, Klang, Selangor DE(untuk besarkan tepa Klick di SINI)

9.30 am - Marhaban
11.00 am- 4.00 pm - Jamuan Makan
2.00 pm- Ketibaan Pengantin

Friday, May 7, 2010

Perak FA MSL [pes2010]



untuk mendapatkan Patch boleh klick di SINI

Saturday, May 1, 2010

Mana semua peminat

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengakui bahawa mereka sendiri sudah tidak tahu apakah formula terbaik yang perlu dilaksanakan bagi menarik lebih ramai peminat datang menyaksikan perlawanan Liga-M.
Bagi skuad negeri, masalah itu mungkin tidak begitu ketara tetapi bagi kelab yang beraksi di dalam saingan Liga Super dan Liga Perdana, kehadiran penonton pada setiap perlawanan sangat menyedihkan.
“Saya mengakui perkara itu memang berlaku. Untuk perlawanan membabitkan pasukan negeri, jumlah penonton agak ramai tetapi apabila pasukan kelab beraksi, jumlah penonton boleh dibilang dengan jari saja.
“Kami di FAM sendiri sudah tidak tahu bagaimanakah cara terbaik untuk menarik lebih ramai penonton datang ke stadium.
“Kami faham banyak faktor yang menyumbang kepada kekurangan itu tetapi kami tidak mampu untuk mengatasinya,” kata Naib Presiden FAM, Datuk Che Mat Jusoh.
Antara punca yang disebut Che Mat ialah pertembungan jadual perlawanan Liga-M dengan perlawanan membabitkan pasukan di dalam Liga Perdana Inggeris dan peminat lebih cenderung untuk menyaksikan aksi kelab Inggeris berbanding liga tempatan.
Selain itu, kualiti yang dimiliki pemain serta pasukan yang bertanding di dalam Liga-M juga tidak mencapai tahap hingga membolehkan mereka digilai peminat tempatan dan Che Mat berkata faktor itulah yang paling menggerunkan badan induk kebangsaan itu.

Khalid ikrar julang maruah T-Team


"SAYA hormati dan akan patuh kepada kelab ini." Itu janji Khalid Jamlus kepada pihak pengurusan dan seluruh penyokong setia T-Team sepanjang dia menyarung jersi kelab dari Pantai Timur itu. Menurut bekas penyerang kebangsaan itu, dia juga sudah bersedia untuk menyumbang dan berkongsi pengalaman bersama pemain lain demi menjadikan T-Team sebagai pasukan yang disegani. Kenyataan Khalid itu disuarakan sejurus dia melengkapkan perjanjian bersama T-Team menerusi kontrak sehingga penghujung musim ini pada majlis di Royal Terengganu Equestrian Stable (RTES) Lembah Bidong, Setiu semalam.

"Ramai orang melabel saya sebagai pemain yang tidak berdisiplin dan suka buat hal. Tapi sebagai pemain bola profesional, saya tahu tanggungjawab saya kepada pasukan. "Apapun, segala kemelut yang berlaku antara saya dengan bekas kelab saya (ATM) saya sudah lupakan. Ia sangat peribadi untuk diterangkan. "Bagaimanapun, saya berjanji akan memberi komitmen sepenuhnya sepanjang berada di kelab ini," jelas Khalid.

Awal musim ini, penyerang berusia 33 tahun itu yang pernah mewakili Perak, Selangor dan Pahang telah menandatangani kontrak bersama ATM. Bagaimanapun, sepanjang berada di kelab itu, Khalid tidak pernah diturunkan, malah digugurkan daripada senarai pemain ATM.

"Kenapa perlu saya kekal bersama pasukan yang tidak mahu menggunakan khidmat saya lagi. "Kini, saya mahu membina karier baru bersama T-Team dan saya percaya akan kemampuan dan pengurusan kelab ini," tambahnya.

Sementara itu, pengurus pasukan T-Team, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said berkata, kes yang menimpa Khalid adalah sangat unik dan atas sebab itu mereka telah menawarkan kontrak kepada pemain itu.

"Kita dimaklumkan kontrak Khalid bersama ATM telah dibatalkan pada 2 Februari lalu. Jadi, tidak ada alasan mengapa kami tidak boleh membelinya. Saya percaya Khalid masih boleh menyumbang sesuatu kepada pasukan. "Kita akan mengemukakan permohonan ini (pembelian Khalid) kepada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia sempena musim jual beli pemain yang bermula pada 5 Mei ini. "Saya percaya permohonan kami ini akan mendapat pengesahan daripada FAM kerana apa yang berlaku ke atas Khalid adalah satu kes yang unik," katanya.

Jurulatih T-Team, Che Ku Marzuki pula berkata, kehadiran Khalid diharap dapat menyelesaikan masalah di bahagian serangan pasukannya.

"Kami memiliki ramai pemain yang hebat terutamanya di bahagian tengah dan jentera pertahanan. "Bagaimanapun, kami berdepan masalah kerana tidak mempunyai pemain yang mampu menjaringkan gol dengan konsisten. "Jadi kehadiran Khalid ini menerusi gandingannya bersama Haris Safwan dan Abdul Hadi Yahya mampu menyelesaikan masalah itu," ujarnya.


Sumber:harian Kosmo

Wednesday, April 28, 2010

Preview Liga super: Perak vs Negeri Sembilan



Edit by Pakcu..

Sunday, April 25, 2010

Silver state Ultras terus melangkah lagi MAJU ke hadapan





Sila Klick di SINI untuk ke Forum Silver State Ultras


Selamat Datang ke Forum Silver State Ultras. Tempat berkumpulnya Silvermania@ Penyokong Pasukan Bolasepak Perak Khasnya dan Peminat bolasepak Malaysia Amnya. Untuk membolehkan anda membuat posting yang pertama,selepas pendaftaran,pastikan anda membuat pengesahan di email.Periksa inbox email anda.Semoga anda enjoy berforum disini. jika ada sebarang masaalah dan pertanyaan. Sila hubungi Admin.Enjoy!...


selepas di facebook dan blog. kini Silver state ultras boleh berbangga dengan membuka 1 lagi web internet iaitu laman FORUM tuk penyokong2 bola sepak berdiskusi/chat/komen/beri pandangan mengenai bola sepak di dalam Malaysia amnya...
forum ini juga bukan untuk org perak dan silvermania sahaja...
tetapi forum ini untuk smua rakyat malaysia sama sperti forum HMC....
Ultras2 negri yg lain juga dijemput ke sana untuk memeriahkan rangkain ultras dan perkembangan ultras malaya dan negeri...Tahniah diucapkan

Friday, April 23, 2010

Tahniah buat Seladang Fc





Tahniah!

Kini KELAB PENYOKONG BOLASEPAK SELADANG PERAK atau lebih dikenali sebagai KELAB SELADANG telah didaftarkan dibawah akta pertubuhan 1966 secara sah. Bernombor pendaftaran 0927-10-PRK (KELAB SELADANG) kini membuka pendaftaran keahlian kepada semua penyokong Skuad Seladang tidak kira dimana berada untuk bersama-sama kami membantu dan menyokong pasukan PERAK.

Peringkat permulaan, borang keahlian akan diedarkan di kawasan-kawasan tumpuan didalam stadium terutama di Stadium Perak di Ipoh. Walaubagaimanapun, bagi individu yang tidak berkesempatan ke stadium, boleh menghubungi wakil Kelab Seladang ditalian 019-5101157 (En. Zul) atau 019-5754230 (En. Lan) untuk keterangan lanjut

credit to seansan
Jumaat, 23 April 2010 20:38

Sunday, April 18, 2010

(Tribute album SSU + Perak Gol Video) at Shah Alam 16/4/2010



Enjoy this video! SSU 1st Tribute Video Collection....

Saturday, April 17, 2010

Ben Martins Say Sorry to all Perak Fans!!



Klick Di SINI untuk bersarkan pic




Klick di SINI untuk besarkan pic.


Pada aku apa yg berlaku di stadium shah alam 2 dengan kekalahan 4-1 pada Selangor, adat perlawanan la...dalam mana2 game pasti ada menang dan kalah...mana yg menang kita celebrate..tp mana yg kalah xperlu kita maki hamun atau menyalahkan diri atau sape2...? at least kita sendri pun dh tahu keupayaan team pasukan perak masa deme lawan selangor 2...pe2 pun kita sebagai penyokong kita buat kerje kita untuk terus menyokong dan memberi sokongan pada pasukan kita... deme sbgai player perak deme buat keje deme untuk terus bermain dan berjuang habis2an dlm pasukan perak... Tanpa pasukan perak sape la kita sebagai penyokong? Tanpa penyokong sape la mereka dlm pasukan perak? Thanks you to all fan yg sanggup dtg kat stadium shah alam mlm 2 tuk beri sokongan dan Thanks to team perak yg berjuang bermati2an mlm 2 lawan selangor...

P/s:kpd Ben Martins dan pasukan perak, korg jangan la kecewa atau riso kami tetap di belakang korg walau pe pun yg terjadi pada perak...SAYANG PERAK SAMPAI MATI!

Friday, April 16, 2010

Selangor 4 vs 1 Perak...Thanks to all SUPPORTER!!!






Thursday, April 15, 2010

Sila bersedia..

wat masa skrg ni...ni je dlu video yg aku dpt selitkan tuk korg hafal lagu...
perak juara...nnti SSU akan rakam setaip pe yg berlaku dlm SSA...so sape2 yg nk interframe dlm video 2 leh le dtg SSA sok...ok? enjoy...!!!




oh perak oh perak
engkau dihatiku
selalu berjuang bermati-matian
ayuh bangkitlah kami tetap menyokongmu
oh perak oh perak
J.U.A.R.A

oh perak oh perak
engkau pewiraku
usah menyerah kalah sebelum engkau kalah
ayuh bangkitlah kami tetap bersamamu
oh perak oh perak
J.U.A.R.A.
oooooooooooooooo
oh perak oh perak
J.U.A.R.A

Tuesday, April 13, 2010

Apa itu "Ultras" perak?

Askum dan salam sejahtera...
kepada semua penyokong2 setia fanatik bola sepak perak mahupun di perak dan d area perantauan..mungkin ramai disini yang tidak tahu bagaimana untuk menjadi seorang ultras(silver state ultras)..disini kami tidak mengenakan sebarang bayaran mahupun mahupun paksaan untuk menjadi ultras perak.Semua itu datang dari hati, iaitu keinginan untuk berjuang dalam memertabatkan bola sepak perak. Pada anda semua mungkin apa yang kami lakukan dipandang sepi@jenaka..Tapi apa yang kami lakukan adalah cara sokongan yang sgt berbeza dari apa yang anda semua pernah saksikan.Apa yang kami harapkan pada anda semua, marilah kita berjuang bersama2 distadium untuk pasukan yg kita syangi iaitu Perak...

DISINI KAMI AKAN HURAIKAN APA YANG ULTRAS PERLU LAKUKAN DISTADIUM MAHUPUN DILAPANGAN SKRIN GERGASI



1.CAPO
Secara asasnya ultras akan mempunyai seorang capo(ketua chants)..jadi kita sebagai ultras perlu mengikut apa sahaja arahan dari capo.sama ada lagu mahupun pegerakan ultras dalam stadium.Capo juga bertindak sebagai orang pertama yang akan melakukan chants. contoh tgok kat video ni-->



2. CHANTS
chants ataupun sorakan.Setiap ultras wajib menghafal setiap CHANTS..Tujuan Chants adalah untuk menaikkan semangat para pemain diatas padang selain memeriahkan lagi keadaan dalam stadium mahupun dilapangan skrin gergasi.Chants juga dinyanyikan dgn penuh perasaan,bersemangat dan rasa cinta pada perak dan bola sepak).




3.BERDIRI
setiap ultras wajib berdiri distadium.tidak ada istilah duduk dalam ultras..setiap ultras wajib chants atau sorak dalam keadaan berdiri.kalo yg dh tua 2 duduk la...



4.IDENTITI
identiti seorang ultras lebih kepada underground(ganas).tapi kita mengamalkan sikap ketimuran(sopan dalam ganas)setiap ultras perlu memakai baju HITAM atau KUNING..serta mempunyai bendera@scaff(perak)




5.PALING PENTING(MENANG ATAU KALAH KITA TETAP DIBELAKANG PEMAIN dan PASUKAN PERAK
Ultras mempunyai kesetiaan yang sgt kukuh untuk pasukan perak..tidak kira pasukan kita kalah atau menang.kita tetap chants sampai ketitisan peluh terakhir.tetap bersama2 hingga berjaya.






JIKA ANDA INGIN BERSAMA2 KAMI(ULTRAS PERAK)TOLG ADA SIKAP DIATAS...XDE PUN XPE...YG PENTING SEMANGAT PENOKONG ITU YG KAMI MAHUKAN...

P/s:boleh menghubungi kami di ADMIN CONTACT----->

Monday, April 12, 2010

Perhatian kepada yang telah membuat tempahan T-shirt Limited Edition SSU!






T-shirt telah pun siap. Kepada yang memilih untuk C.O.D di Kuala Lumpur,boleh ambil t-shirt anda pada 16hb april ini di stadium shah alam ketika perlawanan antara Selangor vs Perak.Kami akan berada disana bermula jam 5 ptg. Untuk C.O.D di Ipoh, SSU anda boleh mengambil t-shirt anda ketika perlawanan Perak vs N9 pada minggu berikutnya.Kepada yang memilih kiriman pos, t-shirt anda akan terima dalam masa seminggu dari tarikh 13 april 2010. Kepada yang masih belum jelaskan bayaran,Sila buat bayaran secepat mungkin untuk memudahkan urusan penghantaran dari pihak SSU. Kepada yang telah membuat pembayaran. Terima kasih dan selamat bergaya dengan T-shirt Limited Edition SSU.

Terima Kasih kerana bersama SSU dan Perak

Admin
SSU

Sunday, April 11, 2010

Majalah Stadium Keluaran April-Poster Perak!



Dapatkan poster kesebelasan utama Pasukan Liga Super Perak dan Poster Saufi Saudi dalam majalah Stadium kuluaran April 2010. Sudah berada di pasaran.

Derby Match Coming Soon!



Musuh Tradisi liga Malaysia di antara Selangor dan Perak...
Ayuh semua Silvermania kita penuhkan dan gegarkan Stadium Shah Alam...
Kita sorak ramai2 dan berikan sokongan yang tidak berbelah bagi pada pasukan Perak.
Sayang Perak sampai mati...

Apa itu Silver State Ultras?




Silver State Ultras ..KAMI ADALAH ULTRAS DARI BUMI PERAK...SENTIASA MENYOKONG PERAK WALAU APE PON YANG TERJADI!!!...telah dirancang pada april 2009..Secara Rasminya dilancarkan di stadium keramat kami...stadium perak Pada 30 Jan 2010.Menyokong pasukan perak walau ape pon keadaan pasukan setiap mase..anggota2 nya lebih dikenali sebagai SILVERMANIA..SAYANG PERAK SAMPAI MATI!!!!

MISI - MEMBERI SOKONGAN TIDAK BERBELAH BAHAGI KEPADA PASUKAN PERAK TERCINTA SECARA BERTERUSAN TIDAK KIRA APA PUN KEADAAN PERAK

VISI-MENGUBAH MENTALITI PENYOKONG PERAK UNTUK MENJADI PEMAIN 12 PASUKAN

MOTO - 1FLAG,1BREATH 1BLOOD 1 SILVERMANIA

Related Posts with Thumbnails