CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Live/Chat Box

Tuesday, May 25, 2010

Preview Liga super: Perak vs Johor



creadit to www.pakcumy.blogspot.com

you tube link: http://www.youtube.com/watch?v=2u87kGdrvgU&feature=channel

Saturday, May 15, 2010

Preview Liga Super: KL Plus vs Perak



Credit to pakcumy.blogspot.com
link: http://www.youtube.com/watch?v=uosVbDtYrDU&feature=player_embedded

Tuesday, May 11, 2010

Rombongan ke Ipoh: PERAK VS JOHOR FA

ROMBONGAN KE IPOH
PERLAWANAN : PERAK VS JOHOR FA
TARIKH : 22 MEI 2010 *Balik Hari*
BAYARAN : RM30.00 Seorang *Termasuk Tiket*.*Bayaran Deposit Sebanyak RM20 Sebelum 20 May 2010*.
CARA BAYARAN : Deposit RM20 Ke akaun CIMB Mohd Fazrul Hafiz -08160074464522-
TEMPAT BERKUMPUL: PERKARANGAN PINTU MASUK STADIUM MBPJ,KELANA JAYA
WAKTU BERKUMPUL : 1 TENGAH HARI
Hubungi: Fazrul – 0176350023 @ Najib – 0194953699 @ Raihan – 0146349464
Maklumat lanjut :
www.silverstateultras.forumm.biz
www.facebook.com/silver state ultras

Sunday, May 9, 2010

Komen Peminat Bolasepak Perak



Komen Peminat Bolasepak Perak terhadap Pengurusan Pasukan Liga Super Perak selepas perlawanan Perak menentang KL Plus di Stadium MBPJ Kelana Jaya pada 8hb Mei 2010

Credit To:Pakcu 4 this video
www.Pakcumy.blospot.com
youtube link: http://www.youtube.com/watch?v=U6DEOJEjIxA

Saturday, May 8, 2010

Jemputan ke Majlis Perkahwinan Diana & Razmi (Labu)



Aku nk ambik kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada Diana & Razmi di atas perkahwinan mereka... Kawin juga mereka akirnya stelah melalui pelbagai masalah dan dugaan yang mereka tempuhi... Di sini aku wakil kepada Razmi ingin menjemput kepada semua ahli SSU or Silvermania(penyokong perak yg bersama2 kami dalam Group ini) ke majlis perkahwinan Razmi di Klang....berikut tarikh dan tatacara majlis:

Ahah, 9 Mei 2010
Alamat: Lorong Sri Damak 15,
Taman Sri Andalas, 41200, Klang, Selangor DE(untuk besarkan tepa Klick di SINI)

9.30 am - Marhaban
11.00 am- 4.00 pm - Jamuan Makan
2.00 pm- Ketibaan Pengantin

Friday, May 7, 2010

Perak FA MSL [pes2010]



untuk mendapatkan Patch boleh klick di SINI

Saturday, May 1, 2010

Mana semua peminat

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengakui bahawa mereka sendiri sudah tidak tahu apakah formula terbaik yang perlu dilaksanakan bagi menarik lebih ramai peminat datang menyaksikan perlawanan Liga-M.
Bagi skuad negeri, masalah itu mungkin tidak begitu ketara tetapi bagi kelab yang beraksi di dalam saingan Liga Super dan Liga Perdana, kehadiran penonton pada setiap perlawanan sangat menyedihkan.
“Saya mengakui perkara itu memang berlaku. Untuk perlawanan membabitkan pasukan negeri, jumlah penonton agak ramai tetapi apabila pasukan kelab beraksi, jumlah penonton boleh dibilang dengan jari saja.
“Kami di FAM sendiri sudah tidak tahu bagaimanakah cara terbaik untuk menarik lebih ramai penonton datang ke stadium.
“Kami faham banyak faktor yang menyumbang kepada kekurangan itu tetapi kami tidak mampu untuk mengatasinya,” kata Naib Presiden FAM, Datuk Che Mat Jusoh.
Antara punca yang disebut Che Mat ialah pertembungan jadual perlawanan Liga-M dengan perlawanan membabitkan pasukan di dalam Liga Perdana Inggeris dan peminat lebih cenderung untuk menyaksikan aksi kelab Inggeris berbanding liga tempatan.
Selain itu, kualiti yang dimiliki pemain serta pasukan yang bertanding di dalam Liga-M juga tidak mencapai tahap hingga membolehkan mereka digilai peminat tempatan dan Che Mat berkata faktor itulah yang paling menggerunkan badan induk kebangsaan itu.

Khalid ikrar julang maruah T-Team


"SAYA hormati dan akan patuh kepada kelab ini." Itu janji Khalid Jamlus kepada pihak pengurusan dan seluruh penyokong setia T-Team sepanjang dia menyarung jersi kelab dari Pantai Timur itu. Menurut bekas penyerang kebangsaan itu, dia juga sudah bersedia untuk menyumbang dan berkongsi pengalaman bersama pemain lain demi menjadikan T-Team sebagai pasukan yang disegani. Kenyataan Khalid itu disuarakan sejurus dia melengkapkan perjanjian bersama T-Team menerusi kontrak sehingga penghujung musim ini pada majlis di Royal Terengganu Equestrian Stable (RTES) Lembah Bidong, Setiu semalam.

"Ramai orang melabel saya sebagai pemain yang tidak berdisiplin dan suka buat hal. Tapi sebagai pemain bola profesional, saya tahu tanggungjawab saya kepada pasukan. "Apapun, segala kemelut yang berlaku antara saya dengan bekas kelab saya (ATM) saya sudah lupakan. Ia sangat peribadi untuk diterangkan. "Bagaimanapun, saya berjanji akan memberi komitmen sepenuhnya sepanjang berada di kelab ini," jelas Khalid.

Awal musim ini, penyerang berusia 33 tahun itu yang pernah mewakili Perak, Selangor dan Pahang telah menandatangani kontrak bersama ATM. Bagaimanapun, sepanjang berada di kelab itu, Khalid tidak pernah diturunkan, malah digugurkan daripada senarai pemain ATM.

"Kenapa perlu saya kekal bersama pasukan yang tidak mahu menggunakan khidmat saya lagi. "Kini, saya mahu membina karier baru bersama T-Team dan saya percaya akan kemampuan dan pengurusan kelab ini," tambahnya.

Sementara itu, pengurus pasukan T-Team, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said berkata, kes yang menimpa Khalid adalah sangat unik dan atas sebab itu mereka telah menawarkan kontrak kepada pemain itu.

"Kita dimaklumkan kontrak Khalid bersama ATM telah dibatalkan pada 2 Februari lalu. Jadi, tidak ada alasan mengapa kami tidak boleh membelinya. Saya percaya Khalid masih boleh menyumbang sesuatu kepada pasukan. "Kita akan mengemukakan permohonan ini (pembelian Khalid) kepada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia sempena musim jual beli pemain yang bermula pada 5 Mei ini. "Saya percaya permohonan kami ini akan mendapat pengesahan daripada FAM kerana apa yang berlaku ke atas Khalid adalah satu kes yang unik," katanya.

Jurulatih T-Team, Che Ku Marzuki pula berkata, kehadiran Khalid diharap dapat menyelesaikan masalah di bahagian serangan pasukannya.

"Kami memiliki ramai pemain yang hebat terutamanya di bahagian tengah dan jentera pertahanan. "Bagaimanapun, kami berdepan masalah kerana tidak mempunyai pemain yang mampu menjaringkan gol dengan konsisten. "Jadi kehadiran Khalid ini menerusi gandingannya bersama Haris Safwan dan Abdul Hadi Yahya mampu menyelesaikan masalah itu," ujarnya.


Sumber:harian Kosmo

Related Posts with Thumbnails