CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Live/Chat Box

Wednesday, April 28, 2010

Preview Liga super: Perak vs Negeri Sembilan



Edit by Pakcu..

Sunday, April 25, 2010

Silver state Ultras terus melangkah lagi MAJU ke hadapan





Sila Klick di SINI untuk ke Forum Silver State Ultras


Selamat Datang ke Forum Silver State Ultras. Tempat berkumpulnya Silvermania@ Penyokong Pasukan Bolasepak Perak Khasnya dan Peminat bolasepak Malaysia Amnya. Untuk membolehkan anda membuat posting yang pertama,selepas pendaftaran,pastikan anda membuat pengesahan di email.Periksa inbox email anda.Semoga anda enjoy berforum disini. jika ada sebarang masaalah dan pertanyaan. Sila hubungi Admin.Enjoy!...


selepas di facebook dan blog. kini Silver state ultras boleh berbangga dengan membuka 1 lagi web internet iaitu laman FORUM tuk penyokong2 bola sepak berdiskusi/chat/komen/beri pandangan mengenai bola sepak di dalam Malaysia amnya...
forum ini juga bukan untuk org perak dan silvermania sahaja...
tetapi forum ini untuk smua rakyat malaysia sama sperti forum HMC....
Ultras2 negri yg lain juga dijemput ke sana untuk memeriahkan rangkain ultras dan perkembangan ultras malaya dan negeri...Tahniah diucapkan

Friday, April 23, 2010

Tahniah buat Seladang Fc





Tahniah!

Kini KELAB PENYOKONG BOLASEPAK SELADANG PERAK atau lebih dikenali sebagai KELAB SELADANG telah didaftarkan dibawah akta pertubuhan 1966 secara sah. Bernombor pendaftaran 0927-10-PRK (KELAB SELADANG) kini membuka pendaftaran keahlian kepada semua penyokong Skuad Seladang tidak kira dimana berada untuk bersama-sama kami membantu dan menyokong pasukan PERAK.

Peringkat permulaan, borang keahlian akan diedarkan di kawasan-kawasan tumpuan didalam stadium terutama di Stadium Perak di Ipoh. Walaubagaimanapun, bagi individu yang tidak berkesempatan ke stadium, boleh menghubungi wakil Kelab Seladang ditalian 019-5101157 (En. Zul) atau 019-5754230 (En. Lan) untuk keterangan lanjut

credit to seansan
Jumaat, 23 April 2010 20:38

Sunday, April 18, 2010

(Tribute album SSU + Perak Gol Video) at Shah Alam 16/4/2010



Enjoy this video! SSU 1st Tribute Video Collection....

Saturday, April 17, 2010

Ben Martins Say Sorry to all Perak Fans!!



Klick Di SINI untuk bersarkan pic




Klick di SINI untuk besarkan pic.


Pada aku apa yg berlaku di stadium shah alam 2 dengan kekalahan 4-1 pada Selangor, adat perlawanan la...dalam mana2 game pasti ada menang dan kalah...mana yg menang kita celebrate..tp mana yg kalah xperlu kita maki hamun atau menyalahkan diri atau sape2...? at least kita sendri pun dh tahu keupayaan team pasukan perak masa deme lawan selangor 2...pe2 pun kita sebagai penyokong kita buat kerje kita untuk terus menyokong dan memberi sokongan pada pasukan kita... deme sbgai player perak deme buat keje deme untuk terus bermain dan berjuang habis2an dlm pasukan perak... Tanpa pasukan perak sape la kita sebagai penyokong? Tanpa penyokong sape la mereka dlm pasukan perak? Thanks you to all fan yg sanggup dtg kat stadium shah alam mlm 2 tuk beri sokongan dan Thanks to team perak yg berjuang bermati2an mlm 2 lawan selangor...

P/s:kpd Ben Martins dan pasukan perak, korg jangan la kecewa atau riso kami tetap di belakang korg walau pe pun yg terjadi pada perak...SAYANG PERAK SAMPAI MATI!

Friday, April 16, 2010

Selangor 4 vs 1 Perak...Thanks to all SUPPORTER!!!






Thursday, April 15, 2010

Sila bersedia..

wat masa skrg ni...ni je dlu video yg aku dpt selitkan tuk korg hafal lagu...
perak juara...nnti SSU akan rakam setaip pe yg berlaku dlm SSA...so sape2 yg nk interframe dlm video 2 leh le dtg SSA sok...ok? enjoy...!!!




oh perak oh perak
engkau dihatiku
selalu berjuang bermati-matian
ayuh bangkitlah kami tetap menyokongmu
oh perak oh perak
J.U.A.R.A

oh perak oh perak
engkau pewiraku
usah menyerah kalah sebelum engkau kalah
ayuh bangkitlah kami tetap bersamamu
oh perak oh perak
J.U.A.R.A.
oooooooooooooooo
oh perak oh perak
J.U.A.R.A

Tuesday, April 13, 2010

Apa itu "Ultras" perak?

Askum dan salam sejahtera...
kepada semua penyokong2 setia fanatik bola sepak perak mahupun di perak dan d area perantauan..mungkin ramai disini yang tidak tahu bagaimana untuk menjadi seorang ultras(silver state ultras)..disini kami tidak mengenakan sebarang bayaran mahupun mahupun paksaan untuk menjadi ultras perak.Semua itu datang dari hati, iaitu keinginan untuk berjuang dalam memertabatkan bola sepak perak. Pada anda semua mungkin apa yang kami lakukan dipandang sepi@jenaka..Tapi apa yang kami lakukan adalah cara sokongan yang sgt berbeza dari apa yang anda semua pernah saksikan.Apa yang kami harapkan pada anda semua, marilah kita berjuang bersama2 distadium untuk pasukan yg kita syangi iaitu Perak...

DISINI KAMI AKAN HURAIKAN APA YANG ULTRAS PERLU LAKUKAN DISTADIUM MAHUPUN DILAPANGAN SKRIN GERGASI



1.CAPO
Secara asasnya ultras akan mempunyai seorang capo(ketua chants)..jadi kita sebagai ultras perlu mengikut apa sahaja arahan dari capo.sama ada lagu mahupun pegerakan ultras dalam stadium.Capo juga bertindak sebagai orang pertama yang akan melakukan chants. contoh tgok kat video ni-->



2. CHANTS
chants ataupun sorakan.Setiap ultras wajib menghafal setiap CHANTS..Tujuan Chants adalah untuk menaikkan semangat para pemain diatas padang selain memeriahkan lagi keadaan dalam stadium mahupun dilapangan skrin gergasi.Chants juga dinyanyikan dgn penuh perasaan,bersemangat dan rasa cinta pada perak dan bola sepak).




3.BERDIRI
setiap ultras wajib berdiri distadium.tidak ada istilah duduk dalam ultras..setiap ultras wajib chants atau sorak dalam keadaan berdiri.kalo yg dh tua 2 duduk la...



4.IDENTITI
identiti seorang ultras lebih kepada underground(ganas).tapi kita mengamalkan sikap ketimuran(sopan dalam ganas)setiap ultras perlu memakai baju HITAM atau KUNING..serta mempunyai bendera@scaff(perak)




5.PALING PENTING(MENANG ATAU KALAH KITA TETAP DIBELAKANG PEMAIN dan PASUKAN PERAK
Ultras mempunyai kesetiaan yang sgt kukuh untuk pasukan perak..tidak kira pasukan kita kalah atau menang.kita tetap chants sampai ketitisan peluh terakhir.tetap bersama2 hingga berjaya.






JIKA ANDA INGIN BERSAMA2 KAMI(ULTRAS PERAK)TOLG ADA SIKAP DIATAS...XDE PUN XPE...YG PENTING SEMANGAT PENOKONG ITU YG KAMI MAHUKAN...

P/s:boleh menghubungi kami di ADMIN CONTACT----->

Monday, April 12, 2010

Perhatian kepada yang telah membuat tempahan T-shirt Limited Edition SSU!






T-shirt telah pun siap. Kepada yang memilih untuk C.O.D di Kuala Lumpur,boleh ambil t-shirt anda pada 16hb april ini di stadium shah alam ketika perlawanan antara Selangor vs Perak.Kami akan berada disana bermula jam 5 ptg. Untuk C.O.D di Ipoh, SSU anda boleh mengambil t-shirt anda ketika perlawanan Perak vs N9 pada minggu berikutnya.Kepada yang memilih kiriman pos, t-shirt anda akan terima dalam masa seminggu dari tarikh 13 april 2010. Kepada yang masih belum jelaskan bayaran,Sila buat bayaran secepat mungkin untuk memudahkan urusan penghantaran dari pihak SSU. Kepada yang telah membuat pembayaran. Terima kasih dan selamat bergaya dengan T-shirt Limited Edition SSU.

Terima Kasih kerana bersama SSU dan Perak

Admin
SSU

Sunday, April 11, 2010

Majalah Stadium Keluaran April-Poster Perak!



Dapatkan poster kesebelasan utama Pasukan Liga Super Perak dan Poster Saufi Saudi dalam majalah Stadium kuluaran April 2010. Sudah berada di pasaran.

Derby Match Coming Soon!



Musuh Tradisi liga Malaysia di antara Selangor dan Perak...
Ayuh semua Silvermania kita penuhkan dan gegarkan Stadium Shah Alam...
Kita sorak ramai2 dan berikan sokongan yang tidak berbelah bagi pada pasukan Perak.
Sayang Perak sampai mati...

Apa itu Silver State Ultras?




Silver State Ultras ..KAMI ADALAH ULTRAS DARI BUMI PERAK...SENTIASA MENYOKONG PERAK WALAU APE PON YANG TERJADI!!!...telah dirancang pada april 2009..Secara Rasminya dilancarkan di stadium keramat kami...stadium perak Pada 30 Jan 2010.Menyokong pasukan perak walau ape pon keadaan pasukan setiap mase..anggota2 nya lebih dikenali sebagai SILVERMANIA..SAYANG PERAK SAMPAI MATI!!!!

MISI - MEMBERI SOKONGAN TIDAK BERBELAH BAHAGI KEPADA PASUKAN PERAK TERCINTA SECARA BERTERUSAN TIDAK KIRA APA PUN KEADAAN PERAK

VISI-MENGUBAH MENTALITI PENYOKONG PERAK UNTUK MENJADI PEMAIN 12 PASUKAN

MOTO - 1FLAG,1BREATH 1BLOOD 1 SILVERMANIA

Related Posts with Thumbnails