"KAMI cukup malu malam itu!"
"KAMI cukup malu malam itu!" Bercakap bagi pihak bekas ketua pasukannya itu, Ravindran, 45, yang terkenal dengan jolokan ‘Kinta Ekspres’ di kalangan peminat bola sepak kerana kelajuannya itu menyifatkan tindakan itu sebagai tidak patut.
“Kami sudah memanaskan badan dan bersedia untuk mengharungi perlawanan, tapi tiba-tiba diberitahu tidak boleh beraksi dalam perlawanan itu gara-gara kesalahan 16 tahun lalu.
“Bayangkan perasaan kami ketika itu. Kami dijemput bermain dalam perlawanan itu dan hadir dengan kaum keluarga serta ramai rakan dan taulan untuk memberi sokongan. Malah ramai penonton hadir pada perlawanan itu. Ia adalah tanda sokongan mereka, terutama terhadap Azizol.
“Bagaimanapun ramai yang kecewa apabila tiba-tiba kami tiada dalam senarai pasukan,” katanya.
Menurut pemain berkenaan, akibat daripada larangan terhadap Azizol itu menyebabkan rakan sepasukan dalam Pilihan Perak enggan bermain, tetapi atas gesaan bekas kapten itu mereka akhirnya meneruskan perlawanan.
Ravindran kecewa kerana dia dan Azizol diperlakukan sedemikian sedangkan mereka sudah dibebaskan daripada hukuman oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sejak 2000 selepas menjalani penggantungan selama lima tahun serta dibuang daerah. Selain dua pemain itu, seorang lagi pemain Seladang terbabit ialah S Silvarajoo.
“Sudah hampir 10 tahun berlalu, kenapa isu ini masih dibangkitkan. Kami sudah menerima hukuman akibat tuduhan ‘rasuah bola sepak’ itu. Lagipun kami sudah dibenarkan beraksi oleh FAM,” katanya.
Menurut Ravindran, FAM sudah memberi kebenaran kepada semua pemain yang dikenakan hukuman berikutan tindakan besar-besaran oleh badan induk bola sepak negara itu dalam usaha untuk membersihkan bola sepak negara daripada gejala menjual perlawanan pada 1994 melalui surat ditanda tangani setiausahanya ketika itu, Datuk Paul Mony Samuel bertarikh 27 Jun 1998.
Ravindran berkata, pendedahannya itu bertujuan membela nasib serta menamatkan ‘penghinaan’ terhadap pemain seangkatannya di seluruh negara sedangkan hakikatnya antara antara mereka sehingga kini masih tiada galang ganti.
“Posisi saya selaku sayap sudah berjaya dilaksanakan M Nagaraja, tapi belum ada sesiapa yang dapat menggantikan tempat Azizol sampai sekarang.
“Bakat besarnya dalam permainan ini jangan disia-siakan. Dia boleh memainkan peranan berkesan dalam meningkatkan mutu bola sepak negara.
“Cuba lihat di luar negara, pemain seperti Maradona yang terbabit dengan pengambilan dadah, tapi kini menerajui pasukan Argentina dalam Piala Dunia. Sebaliknya kita di Malaysia lebih cenderung untuk terus menghukum dan membunuh kerjaya seseorang,” katanya.
Friday, June 4, 2010
'Kami rasa cukup malu'
Posted by Silver State Ultras at 7:27 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)