CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Live/Chat Box

Monday, November 15, 2010

Shafiq Jamal Ke Perak

Salam Silvermania ..


Sebelum memulakan kata-kata, ingin mewakili bagi semua silvermania untuk mengucapkan tahniah kepada PASUKAN MALAYSIA kerana berjaya mengakhiri badi 32 Tahun selepas layak ke pusingan kedua. TAHNIAH dan KAMI BERBANGGA dengan Korang.

Berita ini rasanya dah ramai tahu!! Akhirnya Perak mendapat seorang lagi penyerang selepas Perak menyambar Shahrul Hafiz dari Harimau Muda.

Shafiq Jamal yang kita kenali ialah seorang pemain yang berasal daripada Jitra, Kedah. Beliau di lahirkan pada 12 Disember 1988.

Beliau tidak banyak mendapat peluang dan ruang untuk membuktikan kemampuan beliau di Kedah, Maka Perak akan menguji kemampuan beliau sebagai Penyerang yang Mantap.

Selain daripada Shafiq Jamal, Akmal Rizal juga dilaporkan akan menandatangai kontrak bersama PAFA. Akmal Rizal sebelum ini mewakili Kelantan yang telah menabur jasa untuk membolehkan Kelantan Menjuarai PIALA MALAYSIA.

Saya berpendapat bahawa Akmal Rizal merupakan Penyerang yang kita cari selama ini iaitu Seorang Penyerang yang sentiasa berada di kedudukan yang tepat.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails