CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Live/Chat Box

Friday, November 5, 2010

lapan muka baru yang bakal beraksi dalam Liga Super negeri Perak bagi musim 2011


Bekas kapten Kedah, Sharulnizam Mustapa antara lapan muka baru yang bakal beraksi dalam Liga Super negeri Perak bagi musim 2011.

Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, berkata 13 pemain musim 2010 dikekalkan antaranya Mohd Syazwan Mohd Roslan, Muhammad Nazri Mohd Kamal dan Razali Umar Kandasamy.

“Untuk Liga Super musim 2011, kita mengekalkan 13 pemain lama dan membariskan lapan muka baru bagi menguatkan jentera pasukan di bawah bimbingan ketua jurulatih, Norizan Bakar,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani surat tawaran dan kontrak dengan barisan skuad Perak 2011 di Ipoh, pagi ini.

Selain Sharulnizam, tujuh pemain baru yang menyertai skuad Perak ialah Mohd Khairi Zainuddin, Mohd Syahman Zainuddin, Chan Wing Hoong, Mohd Nasril Mat Nourdin, Harizul Izuan Abdul Rani, Mohd Noor Hazrul Mahd Mustafa dan Mohd Shahrul Hafiz Mohd Shafie.

10 lagi pemain musim 2010 yang diberi kepercayaan semula untuk mengemudi skuad Perak bagi Liga Super 2011 ialah Khairul Amri Salehudin, Kamarul Effandi Abdul Rahim, Azmeer Yusof, Isma Alif Mohd Salim, K Nanthakumar, Mohd Khalis Ibrahim, Mohd Nasir Basharuddin, Muhammmad Nurridzuan Abu Hasan, Nurul Nashriq Kamarddin dan Khairul Izzat Jamaluddin.

Sementara itu, Zainol Fadzi berkata, bagi memantapkan pengurusan dan profesionalisme PAFA, jawatankuasa pengurusan akan diaktifkan semula termasuk menganjurkan pertandingan bola sepak bawah 20 tahun pada November ini bagi mencari
barisan pelapis untuk diserapkan dalam Liga Super dan Piala Presiden.

“Jawatankuasa ini juga akan mengkaji prestasi pasukan kerana kita tidak mahu lagi menangguh-nangguhkan masalah yang timbul sebaliknya menyelesaikannya secepat mungkin,” katanya.

Jawatankuasa ini dianggotai bekas pemain dan jurulatih yang berperanan memberi input kepada pengurusan pasukan manakala ketua jurulatih bagi Liga Super dan Piala Presiden diminta memberi laporan terkini setiap kali bermesyuarat.

“Mulai musim 2011, kita akan bertindak tegas memotong 30 peratus gaji pemain yang tidak hadir latihan tanpa alasan kukuh selepas mereka mendapat surat amaran daripada PAFA.

“Oleh itu, saya berharap pemain dapat mengubah pemikiran mereka ke arah yang positif dan bergerak bersama-sama dengan PAFA untuk masa depan sukan bolasepak Perak,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Sharulnizam yang ditemui pemberita berkata, kontrak beliau dengan pasukan Kedah akan berakhir hujung bulan ini.

Ujarnya, tawaran beraksi kembali untuk Perak sememangnya dinanti-nantikan dan berjanji akan berganding dengan pemain baru untuk memantapkan jentera pasukan.

“Walaupun skuad Perak dibarisi pemain muda, saya lihat ada keserasian di kalangan mereka dan dengan kerjasama pemain baru, kami akan berusaha untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala ke Perak,” katanya.


Credit 2 Yob4ever.com

0 comments:

Related Posts with Thumbnails