CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Live/Chat Box

Saturday, May 1, 2010

Mana semua peminat

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengakui bahawa mereka sendiri sudah tidak tahu apakah formula terbaik yang perlu dilaksanakan bagi menarik lebih ramai peminat datang menyaksikan perlawanan Liga-M.
Bagi skuad negeri, masalah itu mungkin tidak begitu ketara tetapi bagi kelab yang beraksi di dalam saingan Liga Super dan Liga Perdana, kehadiran penonton pada setiap perlawanan sangat menyedihkan.
“Saya mengakui perkara itu memang berlaku. Untuk perlawanan membabitkan pasukan negeri, jumlah penonton agak ramai tetapi apabila pasukan kelab beraksi, jumlah penonton boleh dibilang dengan jari saja.
“Kami di FAM sendiri sudah tidak tahu bagaimanakah cara terbaik untuk menarik lebih ramai penonton datang ke stadium.
“Kami faham banyak faktor yang menyumbang kepada kekurangan itu tetapi kami tidak mampu untuk mengatasinya,” kata Naib Presiden FAM, Datuk Che Mat Jusoh.
Antara punca yang disebut Che Mat ialah pertembungan jadual perlawanan Liga-M dengan perlawanan membabitkan pasukan di dalam Liga Perdana Inggeris dan peminat lebih cenderung untuk menyaksikan aksi kelab Inggeris berbanding liga tempatan.
Selain itu, kualiti yang dimiliki pemain serta pasukan yang bertanding di dalam Liga-M juga tidak mencapai tahap hingga membolehkan mereka digilai peminat tempatan dan Che Mat berkata faktor itulah yang paling menggerunkan badan induk kebangsaan itu.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails